Sunday, April 22, 2012

~BAB 111: BINGKISAN DOA BUAT YANG TERSAYANG~


BINGKISAN DOA BUAT YANG TERSAYANG

Ya Allah, Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku, tercipta untukku…Satukan lah hatinya dengan hatiku…titipkanlah kebahagiaan antara kami…agar kemesraan itu abadi..dan Ya Allah…Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…seiringkanlah kami melayari hidup ini…ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi Ya Allah…seandainya telah Engkau takdirkan…dia bukan milikku…bawalah dia jauh dari pandanganku…luputkan dia dari ingatanku..dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti…berikanlah aku kekuatan…melontar bayangannya jauh ke dada langit..hilang bersama senja nan merah..agar aku bahagia...walaupun tanpa dia disisiku…

Dan Ya Allah yang tercinta…gantilah yang telah hilang…tumbuhkanlah kembali yang telah patah…walaupun tidak sama dengan dirinya..Ya Allah Ya Tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takdirMu…sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…adalah yang terbaik buatku..kerana Engkau Maha Mengatahui..segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Ya Allah…cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku….di dunia dan di akhirat..dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini…janganlah Engkau biarkan aku sendirian…di dunia ini mahupun di akhirat kelak..

Amin…Ya Rabbal A’lamin…




Thursday, April 19, 2012

~BAB 110: Bila Nak Kahwin?~


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Mei bakal menjelma..semestinya cik pelangi menantikan saat ini..kenapakah?sebab nak balik bercuti di kampung halaman tercinta...ermmmm rasa-rasanya lama sangat dah tak balik sana...rindunya pada suasana desa yang indah permai tu....dan, banyak juga jemputan kawin yang cik pelangi perlu hadir...kebanyakannya daripada rakan2 sekolah dulu2..yang rakan2 u dah stop dulu kot setakat ni..mungkin masing2 tengah membina kerjaya dulu...kembali kepada tajuk asal...di usia 25 tahun ni,eh silap..belum 25 lagi lah..cik pelangi baru 24..muda lagi..belum menjangkau usia jubli perak..hehe...ramai kawan2 yang asyik sangat duk tanya cik pelangi bila nak kawin..dan mcm biasa la..kita jawab setakat kita mampu..ok, kat sini cik pelangi nak kongsi ayat2 sweet sebagai jawapan kalau ada yang tanya kita soalan2 cepu mas macam ni...

1) Bila nak kawen?
•• Hanya Allah S.w.t tahu masa yang terbaik untuk saya kawin .

2) Dah berpunya ke belum?
•• sudah , Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing .

3) Dengan siapa ya?
•• Bila tiba masanya, Allah S.w.t akan perkenalkan kepada saya .

4) Bila tu agaknya?
•• Bila kami dah dipertemukan .
InsyaAllah jemput la datang ke walimatul urus saya nanti .



ok, konpem diaorang tak tanya lagi dah....hehe...


Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kawen kerana semua rahsia itu terletak di TANGAN ALLAH SWT . Sampai masa Allah S.w.t akan membongkarkannya . InsyaAllah =)