sebab cik pelangi suka blokwalking...membaca entri blog orang lain kadang2 memberi inspirasi kepada cik pelangi untuk menghasilkan entri yang baru...lagipun cik pelangi rasa macam nak keluar dari persembunyian blog cik pelangi dan nak kumpul follower yang ramai..hehe
Wednesday, December 22, 2010
~BAB 93: 50 Bloggers Diperlukan II
~BAB 92~ "SEGMEN JOM BERKENALAN"

cik pelangi masih single dan available sebab takde sape yang masuk meminang cik pelangi lagi..=)
-Ceritakan tentang diri anda
:. cik pelangi ni bukan nama sebenar saya..hanya rekaan semata-mata sebab rasanya macam best je guna nama ni..bukannya tak hargai nama yang mak ayah cik pelangi bagi tau...nama sebenar cik pelangi ialah Suziana. ayah cik pelangi namanya Mohamad..dilahirkan pada 23 oktober 1987..dengan berat 2.56 kg..ringan je cik pelangi masa mula2 dilahirkan dulu..sekarang je tumbesaran berlaku dengan begitu jayanya..hehehe...
:.cik pelangi mula kenal abc dekat tadika kat kampung cik pelangi kot..lepas tu sekolah darjah 1 hingga tingkatan 5 dekat besut, terengganu..kenapa cik pelangi sekolah kat situ??sbb cik pelangi ni asalnya kat situ.sbb tu la skola pun kat besut je..lepas tu ke KMNS (2005-2006)...cik pelangi buat degree dekat UPM..amik Bac. Sc dgn pendidikan (k)-matematik...
:. sekarang ni cik pelangi dh dapat jadi cikgu dekat sebuah sekolah di pasir gudang, johor..
-Ceritakan tentang Blog anda..
cik pelangi tak taw la nak cerita apa pasal blog cik pelangi ni sebab blog ni biasa -biasa je..follower pun xsampai sepuluh orang..hehe..blog cik pelangi ni hanyalah blog personal @ persendirian..cik pelangi berblogging bila cik pelangi bosan, idea nak merepek tu mencurah2 ataupun bila cik pelangi terinspirasi dengan rakan2 blog yang update blog..
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
dunia blog ni ada pro n kontra nya..tapi itu sume depend pada kita sendiri la kan..bagi cik pelangi, blog ni best..tp bukan blog cik pelangi la..bila tengok blog org lain, cik pelangi dapat tau yang memang berblog ni best..boleh buat duit lagi kalau kita pandai manage kan..boleh sampaikan ilmu2 bg yang berilmu pengetahuan..dan macam2 lagi lah..
-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
nasihat cik pelangi..kena pandai2 pilih template supaya blog korg tak loading dengan lamanya..hehe..jugak jangan letak widget yang juga melambatkan proses loading..nanti orang malas nak tunggu dan bukak blog kita..hehe..then, korang kena ada idea yang superb hebat untuk cipta entri2 baru..lagi satu, jgn biarkan blog korang bersawang..rajin2 la update blog..
-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
nothing special..haha
-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
sampai jari-jemari cik pelangi dah tak boleh digunakan lagi....impian????? jd blogger yang hebat..dan harap dpt jumpa mr. right melalui blog.hahahaha..
termerepek oleh,
Monday, December 13, 2010
~BAB 91: INAI DI JARI ~


Thursday, December 9, 2010
~BAB 90~ New Header
Wednesday, December 8, 2010
~BAB 89~ I'm back
Sunday, October 31, 2010
~BAB 88: KINI ~
Tuesday, October 26, 2010
~BAB 87: JATUH CINTA...TAPI...~










Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

Saturday, October 23, 2010
Wednesday, October 20, 2010
~BAB 85: 20.10.2010.~
TAFSIRAN
Melalui tarikh lahir
Saya pun mencuba atas perasaan ingin mencuba dan sekadar suka-suka sahaja.
Berikut adalah cara tarikh lahir saya di kira :
TARIKH LAHIR : 23 hb Oktober 1987
Cara Perkiraan :
23 + 10 + 1987 = 2020
2 + 0 + 2 + 0 = 4
Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 4
Keputusan Analisis :
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
*saje2 mencuba..cubalah..tapi tak semestinya harus percaya..
Friday, October 1, 2010
~BAB 83: aKu tERuja~
