Wednesday, October 20, 2010

~BAB 85: 20.10.2010.~

wah...tarikh yang cun....cantek je...nak jugak post entri hari ni wlpun idea xbpe nk ade...hehe...yg 10.10.10 aritu dah terlepas sebab kat KL mase tu..x menyempat nak taip entri..hehe..so, hari ni nak berkongsi sesuatu yang aku copy paste dari web mana ntah..aku pun dah lupa..hihihi...

TAFSIRAN

Melalui tarikh lahir

Saya pun mencuba atas perasaan ingin mencuba dan sekadar suka-suka sahaja.

Berikut adalah cara tarikh lahir saya di kira :

TARIKH LAHIR : 23 hb Oktober 1987

Cara Perkiraan :

23 + 10 + 1987 = 2020
2 + 0 + 2 + 0 = 4
Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 4

Keputusan Analisis :

1. Ketulenan


Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai


Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria


Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif


Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis


Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik


Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual


Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian


Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon


Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


*saje2 mencuba..cubalah..tapi tak semestinya harus percaya..





Friday, October 1, 2010

~BAB 83: aKu tERuja~


hai bloggers sekalian...
apa khabar kamuuuuu???
di harap berada dalam limpahan kurniaan rahmat dari Yang Maha Esa...
aminn...
alhamdulillah..saya masih sihat fizikal, emosi, batin dan semuanya lah...
dapat lagi jari jemari ini menari di atas kepingan keyboard laptop acer aspire 3680 milik peribadi tuan punya blog BiLa hATi bERbicARa ini.....

AKU TERUJA!!!!!!!
ya..saya teruja...
tapi kenapa ya???
mungkin ada yang tertanya-tanya..
tapi saya tahu...
sesetengah daripada kalian sudah tahu kenapa kan...

semuanya adalah disebabkan ini..


alhamdulillah...saya berjaya kawan2...


di sini saya inginkan berkongsi detik2 kegembiraan saya pada malam tadi...

selesai je saya membaca surah yassin selepas seusainya solat maghrib...
henfon yang saya tempatkan nombor celcom saya bernyanyi girang...
belum je sempat saya baca doa selepas baca yassin...

sape la yang kol time magrib ni...
ingtnya tak nak angkat je..
tp tetiba tetibi terfikir lak.
ntah2 benda penting..
so, cepat je tangan aku mencapai hp yang sedang beradu kat atas katil...
huhuhuhu..

tengok2 dari abang aku (abg chik)...
aikkk...lagi la menimbulkan kekonfiusan...
abg aku xkan kol time2 gini...

aku pun angkat...
then...
....................................................................................................................................

"helo, gapo???"

"mu cek x lagi result intebiu mu aritu???"

"xlagi..bakpo? tubik doh ko"

"ho, ado doh ni..sakni baru tubik."

"jolo ko?..hok mano so ni???"

"hok kpm lah.."

"ooh..kpm..aku kan ptptn"

"xeh..hok semo2 la..intebiu kpm aritu"

"owh...yoko?..ok2 jap lg aku cek"

ok

....................................................................................................................................

faham tak???
tak faham???
meh nak translate...

lebih kurang macam ni la..abang aku tanya dah cek ke belum result interiew aritu..
then aku cakap belum lagi...
die cakap dah kuar...
yang kpm pnyer...
tp tetiba aku konpius lak..
kan aku ni tajaan ptptn...
(haha..tetiba biol sat)...
abg aku pun cakap yang semua lah..
xkiralah tajaan ape..
semua dah kuar..
interview je...
....................................................................................................................................

sejurus selepas itu,
jantungku sudah tidak normal..
laju gila denyutannya...

rilex lah wahai jantung kesayangan ku...
terus je aku sound adik aku..

daa...on laptop jap...

ok..
(adik yang menurut kata..hehe)

pastu aku doa dulu...sbb td x sempat bace doa lg..
hehe..
sempat lagi selitkan doa moga2 berjaya...

..........................................................................................................................................

then...
selaju degupan jantungku,
selaju itu juga aku bukak page KPM tuh..
huhu...

so, kuarlah result td..
alhamdulillah sekali lagi...
aku BERJAYA...

trus je aku post link dekat FB untuk makluman rakan2 yang lain...
dan orang pertama yang komen adalah ADELIA...
kosmate yg x pernah2 pun komen status FB aku..
haha..
nampak sgt sume org sedang menantikan detik2 ini...

tp sori eh Ady..aku lmbt sket reply komen ko..
sbb ngn fwrd msg kt kawan2 yang lain...
hehe...

....................................................................................................................................

lepas tu, aku logout dah...
dalam pukul 10,
aku login balik FB...
wow..so impresss....
banyak giler status kawan2 yang mengucapkan syukur kerana berjaya..

so, aku pun nk post jugak...
tak salahkan nak berkongsi kegembiraan bersama rakan2...

yang pertama saya post TERIMA KASIH YA ALLAH...

dan yang kedua...

"buat yang berjaya, tahniah..alhamdulillah..rezeki buat kita semua...yang tidak berjaya tu...semoga tabah..tidak gagal sebenarnya..mungkin bukan rezeki kita lagi..moga berjaya di lain masa...syukur padaNya atas kejayaan..doakan moga2 kita semua dapat posting di tmpt yg di idam2kan..."


....................................................................................................................................

ada rakan yang bertanya..
kenapa macam pelik je ayat aku..
ada ke rakan2 kita yang gagal???

maafkan saya ye...saya tak jawap soalan anda
wlpn die tnya via chat...

buat pengetahuan korang..YA...
ada rakan kita yang TIDAK BERJAYA...
kosmate kita...

saya terkejut...
lagilah tuan empunya diri...
dia pun sedang memujuk hatinya...

saya turut simpati...
korang jugak tahu kan betapa bermakna nya kan untuk kita lulus temuduga kali ini...
saya pulak yang teremosi...
wlpn beliau bukanlah teman rapat saya...
tp saya sedih sangat..
kesian sgt2....

doakan moga beliau LULUS untuk permohonan kali kedua ye...

walaupun sy tahu beliau tidak membaca status yang saya post itu,
tapi saya hanya igin mengingatkan diri saya dan juga buat teman2 saya yang berjaya...
jangan pernah berhenti berdoa...

pohonlah padaNya setiap masa...
kerana kita baru BERJAYA dalam temuduga...
berdoa lah supaya ada penempatan untuk kita,..
dan yang paling penting....

NAMA KITA TIDAK TERCICIR....

demi masa depan kita.....

entri saya berakhir di sini.....

....................................................................................................................................

MOOD: CAMPUR ADUK..

@