Thursday, April 19, 2012

~BAB 110: Bila Nak Kahwin?~


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Mei bakal menjelma..semestinya cik pelangi menantikan saat ini..kenapakah?sebab nak balik bercuti di kampung halaman tercinta...ermmmm rasa-rasanya lama sangat dah tak balik sana...rindunya pada suasana desa yang indah permai tu....dan, banyak juga jemputan kawin yang cik pelangi perlu hadir...kebanyakannya daripada rakan2 sekolah dulu2..yang rakan2 u dah stop dulu kot setakat ni..mungkin masing2 tengah membina kerjaya dulu...kembali kepada tajuk asal...di usia 25 tahun ni,eh silap..belum 25 lagi lah..cik pelangi baru 24..muda lagi..belum menjangkau usia jubli perak..hehe...ramai kawan2 yang asyik sangat duk tanya cik pelangi bila nak kawin..dan mcm biasa la..kita jawab setakat kita mampu..ok, kat sini cik pelangi nak kongsi ayat2 sweet sebagai jawapan kalau ada yang tanya kita soalan2 cepu mas macam ni...

1) Bila nak kawen?
•• Hanya Allah S.w.t tahu masa yang terbaik untuk saya kawin .

2) Dah berpunya ke belum?
•• sudah , Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing .

3) Dengan siapa ya?
•• Bila tiba masanya, Allah S.w.t akan perkenalkan kepada saya .

4) Bila tu agaknya?
•• Bila kami dah dipertemukan .
InsyaAllah jemput la datang ke walimatul urus saya nanti .



ok, konpem diaorang tak tanya lagi dah....hehe...


Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kawen kerana semua rahsia itu terletak di TANGAN ALLAH SWT . Sampai masa Allah S.w.t akan membongkarkannya . InsyaAllah =)








Wednesday, March 28, 2012

~BAB 109: JIKA AKU JATUH CINTA~


Ya Allah

jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin

jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana

jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah

jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah

jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah

jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…


ayat ciplak tapi dah lupa ambil kat mana~~