Thursday, February 25, 2010

~BAB 62: loves means…..~

Pada suatu hari di sebuah sekolah, pengajaran mengenai kasih sayang sedang berlangsung di dalam sebuah bilik darjah…seorang murid bertanya kepada gurunya…

Pelajar: cikgu, macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: ok, sekarang kamu ikut apa yang cikgu suruh..kamu pergi ke padang..kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput tersebut..pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali…dan petik rumput yang paling CANTIK dan bawa ke kelas..

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun dengannya..cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik..memang ada banyak yang cantik tapi cikgu pesan untuk petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik…mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tp cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jd tiadalah rumput yang saya boleh petik…

Cikgu: ya, itulah jawapannya..maknanya apabila kita telah berumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu..kita patut hargai org yang berada di depan kita sebaik baiknya…jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku dah tetap berlaku…semoga yang berlalu tidak berulang kembali…dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan baik buat kita…


MOOD: SEDANG INGTKAN ORANG KESAYANGAN


cik pelangi menulis mengikut gerak hati cik pelangi...kadang-kadang, kata-kata tidak menggambarkan perasaan sebenar cik pelangi..ayat yang digarap ditambah ritmanya agar menjadi lebih puitis..bila hati berbicara, apabila realiti dan fantasi bersatu, maka terhasillah karangan baru daripada cik pelangi

0 comments: