Tuesday, November 1, 2011

~BAB 104: Terasa ingin kembali merepek~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....

tetiba cik pelangi terasa ingin merepek lak malam ni....
tapi kan cik pelangi tak tahu nak merepek pasal apa...
banyak je sebenarnya ingin dikongsi bersama kalian...
sebab dah terlalu lama sangat menyepi dari dunia blog ni...
idea pun dah kureng...
maklumlah...
blogwalking pun dah tak nak berjalan sangat kan...

untuk makluman pembaca sekalian, cik pelangi sekarang tengah berkursus di UKM...
selama 6 minggu face to face...then 6 minggu lagi ofline campus...
so, cik pelangi terpaksa meninggalkan sekolah kesayangan cik pelangi buat sementara waktu..
jumpa balik diaorang next year lah...
dah 2,3 minggu kat sini barulah rasa rindu dekat students..
dah la tahu kena pergi kursus ni on the spot..
tak sempat pun nak tinggal pesan...
mesti diaorang tertanya-tanya kemana hilangnya cikgu dorg..
tapi rasanya makin suka adalah..
maklumlah cikgu garang dah tak ada kat sekolah...hehe...
tak payah nak menghadap muka bekeng ni lagi..hehe

kat UKM ni kan..
kononnya berkursus tapi belajar sebenarnya.
ada 7 subjek yang perlu dipelajari dalam masa 6 minggu face to face..
tu tak tolak cuti lagi..mgu lepas dah cuti deepavali seminggu...
jap lagi raya haji lak..2 hari je pun..
kira2 macam 4 minggu je kot belajar..
tapi yang tak leh blah tu asignment macam zaman belajar dekat UPM dulu..
lagi susah kot..
expectation lecturer2 ni tinggi sangat la.....huhuhuhu....
macam nak jadi sejarawan la pulak....


*****k la...sambung lain kali..no idea...*****






mood: terkapai-kapai

cik pelangi menulis mengikut gerak hati cik pelangi...kadang-kadang, kata-kata tidak menggambarkan perasaan sebenar cik pelangi..ayat yang digarap ditambah ritmanya agar menjadi lebih puitis..bila hati berbicara, apabila realiti dan fantasi bersatu, maka terhasillah karangan baru daripada cik pelangi

1 comments:

Hans Hanis said... [Reply to comment]

6 minggu 7 subjek?
wow
pening kepala
hohooh

Selamat Hari Raya Aidiladha Daripada Hans :-)