Saturday, August 22, 2009

~BAB 5: jiKa diTANya tENtanG ciNTA~

Cinta adalah anugerah Tuhan yang paling istimewa kepada setiap manusia. Kita semua mempunyai keupayaan untuk mencintai, dicintai dan bercinta. Siapa yang kita cintai dan bagaimana kita mencintai berbeza bagi setiap individu..ianya bergantung kepada individu itu sendiri....

i) mencintai kerana sebab

"Saya cinta padamu sebab kau baik
Saya cinta padamu kerana mukamu yang ayu
Saya cinta kepadamu sebab kau handsome/cantik

Jadi, cinta jenis ini bergantung kepada "sebab atau kerana" sebagai alasan untuk mencintai. Ini bererti orang yang mencintai cara ini tidak dapat mencintai sekiranya tidak ada yang menarik atau berguna yang menyebabkannya untuk mencintai. "Sebab" itu mesti ada. Kalau tidak ada "Sebab" maka cinta juga tidak ada. Cuba kita lihat diri kita sendiri, bukankan kita sering mencintai seperti ini? Sedarkan kita bahawa mencintai cara ini adalah tidak baik? Kerana cinta jenis ini meletakkan syarat mengapa ia mencintai. Sebab itu, kita harus berusaha supaya dapat mencintai sesama insan tanpa sebab atau syarat. Kita mencintai seseorang seperti apa yang ada pada dirinya. Ini bererti kita mencintai tanpa dipengaruhi oleh apa-apa sebab dan kita tidak mengenakan apa syarat atau sebab untuk mencintai seseorang. Kerana cinta tanpa syarat adalah cinta yang iklas, murni dan sempurna..

ii) mencintai kalau..

Cinta jenis ini mengutamakan apa yang kita akan dapat dulu. Apa keuntungan atau kebaikan yang saya dapat dahulu sebelum mencintai orang berkenaan. Ini bererti ia membalas cinta seseorang berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri. Inilah yang dinamakan cinta yang paling teruk! Cinta ini bukan saja mementingkan syarat, tetapi ianya jelas sekali mementingkan diri sendiri. Orang yang mengamalkan cinta jenis ini memang tamak sekali. Kalau syarat itu tidak diikut maka cintanya tidak ada. "Bah! Kalau kau benar-benar cinta padamu, benarkanlah saya menciummu!; Kalau kau bantu saya, barulah saya sayang padamu; kalau kau baik dengan saya, maka saya pun akan berlaku baik kepadamu." Jadi, apa yang jelas cinta jenis ini ialah syarat harus dipenuhi dahulu barulah ada cinta. Marilah kita tanya pada diri sendiri. Adakah kita selalu mencintai cara ini. Kalau jawapannya ialah YA, maka kita harus keluar daripada kebiasaan mencintai cara ini. Kerana cinta jenis ini tidak baik. Jestru itu, kita mesti belajar mencintai tanpa meletakkan apa-apa syarat dahulu. Jadi, janganlah kita amalkan cinta jenis ini. Kerana cinta jenis bukan saja tidak adil dan berat sebelah tetapi ianya juga jelas menunjukkan "ketamakan" diri kita sendiri..


iii) mencintai terpaksa:

Cinta jenis ini biasanya diamalkan kerana termakan budi kepada orang berkenaan. "Saya terpaksa menerimanya dan setuju berkahwin dengannya kerana dialah yang membantu keluarga saya selama ini; Saya terpaksa menerima cintanya kerana dialah yang membayar segala perbelanjaan saya semasa bersekolah dulu. Saya terpaksa mengikut kehendaknya kerana dia adalah boss saya; Saya terpaksa bersikap baik kepadanya kerana dia seorang YB." Apa yang jelas dengan mencintai cara inilah, cinta jenis ini tidak jujur dan tidak iklas. Pendek kata, cinta ini tidak sempurna. Mari kita bertanya kepada diri sendiri, Bukankah kita sering juga mengamalkan cinta cara ini? Sekiranya, kita selalu mencintai mengikut cara ini, marilah berusaha agar kita dapat mencintai dengan ikhlas dan jujur dan bukan kerana terpaksa mencinta. tetapi, sungguh-sungguh mencintai tanpa terikat kepada apaapa syarat atau dipengaruhi oleh sesuatu.

iv) mencintai walaupun/meskipun:

Cinta jenis ini adalah cinta yang murni dan sempurna. Kerana pengamalnya tidak meletakkan apa-apa syarat didalam mencintai. Dan cintanya juga tidak bergantung kepada faktor "sebab atau kerana." Kerana cintanya adalah ikhlas dan jujur. Ia tidak mengharapkan apa-apa. Ia tetap mencintai meskipun orang yang dia cintai itu mempunyai kelemahan, kekurangan dan kesalahan. Cintanya tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor atau sebab. Ia tetap mencintai walaupun ada yang terjadi. " Cintaku padamu tetap seperti dulu walaupun kau telah berlaku curang kepadaku; Aku tetap sayang kepadamu meskipun kau telah mungkir janji; Cintaku kepadamu tidak bergantung kepada kecantikan atau kekayaanmu." Aku cinta padamu walaupun kau tidak ada apa-apa. Aku mencintaimu seperti seadanya dirimu." Sesungguhnya, inilah yang dikatakan mencintai tanpa batas dan tanpa syarat. Inilah jenis cinta yang harus kita pejuangkan didalam hidup kita setiap hari. Marila kita berusaha agar kita sentiasa dapat mencintai seperti ini kepada sesama dan lebih-lebih lagi kepada Tuhan yang Maha Esa,.


Dari kesemua jenis cinta yang disebutkan tadi, marilah tanya diri kita masing-masing dimanakah kedudukan kita. Dimanakah kecenderungan hati kita? Dimanakan letaknya cinta kita kepada sesama manusia dan kepada Tuhan yang Maha Esa. Apakah kita sering sekali mencintai berdasarkan kepada "Sebab atau Kalau atau Walaupun." Jawapannya terletak ditangan kita sendiri. Sekiranya, kita terlalu mengamalkan cinta jenis "sebab dan kalau" maka, kita harus berusaha dengan gigih untuk memperjuangkan cinta "Walaupun" agar ianya menjadi amalan kita setiap hari. asih Kita perlu berusaha dan memperjuangakan cinta yang murni dan suci ini. Semoga kita tidak mudah berputus asa didalam memperjuangkan cinta ini. Saudara dan saudari, marilah menjauhkan cinta yang bersyarat iaitu cinta jenis"Sebab dan Kalau." Marilah kita belajar mencintai seperti Tuhan, Pencipta kita. Kerana DIA menurunkan hujan dan menyinarkan matahari kepada semua orang termasuklah kepada orang-orang yang jahat dan lalim. Sesungguhnya, cinta yang sempurna ini harus kita perjuangkan didalam hidup kita agar ianya menjadi pegangan dan amalan kita setipa hari dan sepanajang hidup kita..Amin

MOOD: INGIN BERKONGSI

Thursday, March 26, 2009

~BAB 4: CINTA ABADI~

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?

Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Cinta datang kepada orang
yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati, kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenak sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi
manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kita kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu.


Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kita benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.


Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kita dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, diri kita tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.


Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kitacintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dirinya.
Kita tidak pernah tahu bila kita akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta
rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai diri tanpa pertimbangan.

carilah cinta yang abadi..pada pencipta segala…


MOOD: SAYA INGIN BERCINTA