Saturday, August 29, 2009

~BAB 13: it's over...~

aritu aku ade tulis pasal keje aku yg berlambak-lambak tu kan..
and now...
dah satel...
walaupun x bpe berjaya tapi aku puas ati gak la sbb sume tu dh abs...
microteaching ari rabu tu ok2 je..
instructor aku juz komen GOOD microteaching...
huhu..
balik dari kls tu dh kul 9 lbh..
mandi n solat...
kul 10 mlm la...
nk mkn nasik lak sbb x mkn lg..
mase bukak pose tu mkn roti pita je..
x smpt nk mkn...
ble dh knyg tu duk pk2 nk stadi ke x...
kn pg soknye (kamis) aku ade test...
mata aku mmg dh ngantuk gler...
tp aku stadi gak..
ingt nk tdo je dlu tp aku tkt aku x bgn lak..
ye la..ari rabu tu kls aku full gler..
mmg penat sgt2....
then, aku gagahkan jua mata aku..
stadi...but..
arghhhhh...ngantok yg amat..
mmg xleh tahan..
akhirnya aku rebah jua...
b4 tu aku set alarm..
kul 2 pg..
tp aku xtau la samaada jam x bunyi or aku yg tdo mati...
waaaaa...bgn soknye dah kul 6 lbh...
menangis beb...
dah le x smpt stadi...
sahur pun burn...
bgn solat subuh then stadi utk test..
smpt cover sket je...
sbb aku test kol 10 pg...
dgn x bpe konfidennye aku g exm...
and akhirnya mmg aku xleh jawab la...
soalan susah tahap ape...
dak p.h.d yg dlm kls aku tu slumber je jwp..
mcm nk hempuk je dorg..hehe..
asl teror sgt dorg ni...
tp name pun dak p.h.d...
dh bnyk blaja..
dpn kwn2 aku, ak wat slumber je...
konon2 aku x kesah pun aku xleh jwp...
tp aku x dpt bohong diri aku..kuar je dari jabatan math tu...
air mata ku gugur jua..
sedey la....
ermmmmm......
tp smpt lg aku g karnival it (pc fair) kat dewn besar...
padahal aku ade 1 lg yg x setel..
presentation....
huhu..
mase tu dkt2 kul 12...
presentation aku kul 3..
smpt lg blk edit jap lg...
sbb aku dh wat slide..
cume nk baiki sket jew..
kul 1 smpai kat blk..
trus on laptop n wat slide tu..
to otak aku blur...
xtau nk wat ape..
aku pun redah je...
then dlm 345 ptg....aku dah siap present..
1st grup lak tu...
ktorg dpt 7/10...
ape2 je la..
x kesah pun
at least penyeksaan aku dh tamat....
hoho...enjoy........

MOOD: TAK MAU PIKIR

Tuesday, August 25, 2009

~BAB 12: aduyai....~

ermmmm..
smlm g klas falsafah sains...
bes btol klas ni..
aku suka lec yg ajar ni..
bukan nk cakap pasal die ..
pasal ape yg die ajar pun bukan..
tapi.....
aku nk cakap yg ktorg x pyh anta esemen kamis ni...
huhu...
penat je aku siapkan..
dah le mgu ni bnyk benda aku kna wat..
kalo aku tau postpone mgu dpn...
aku wat je benda lain yg b'lmbk-lambak tu..

tp xpe la...at least aku dh siap esemen tu..
hehe..

MOOD: SAJE2

Monday, August 24, 2009

~BAB 11: akhirnya...~

at last..siap gak asgnment aku..
tp xtau la berkualiti ke x..
mcm x bpe sgt je..
tibai je la..janji siap..
nk kna stadi utk test esk lak..
aduyai....
bila la nk berakhir ye sume ni...
saba je la..
insyaAllah..
ni last sem aku kat sini..
chaiyok2...

MOOD: LEGA

Sunday, August 23, 2009

~BAB 10: keje aku...hehe~

aku lupe lak nk cite kat sini yg aku perlu menghadapi ari2 yg perit dlm idup aku...
jom bace..
1st skali..senin ni (240809) aku ade test smm3001..
mgu lps dah bace dah tapi xingt balik..
biasela..manusia kan..hehe..
lupe je..
slalse xde pape kot...stadi jela sbb..
rabu(260809) aku ade microteaching math..
nak ngaja..tapi smpai arini aku xwat preparation lagi..
nk tau nape???
sbb ni la..
kamis(270809) aku kna anta esemen falsafah sains...
dlm 50 page BERTULIS TANGAN...
pasal kosmologi...
penim2....
aku dah siapkan dalm bpe pesen eh..
xtau la..tp ok la..
dh bnyk gak la...
then, kamis tu jugak aku ade test..
subjek maths yg plg susah yg penah aku amk..
xtau blaja ape...
g klas menganga je...
yg ni x stadi ape pun lagi...
hehe..
lagi satu..ari kamis ni ade presentation kepimpinan gak..
huhu..penat nye..
mgu lepas dah nangis dah ble ingt sume2 ni...
tension tul la...huhu

MOOD: TENSION..

~BAB 9: blackout punyer pasal...~

waaa....kolej aku blackout mlm td..
punyer la b'semangat waja aku nk siapkan esemen falsafah sains...
alih2, blackout pnyer pasal..
aku pun ape lagi kan..
trus tdo jew..
mls nk tgu2 dah..
burn sume tu..
huhu..
pg ni aku bgn awl2..
amk kau..nk x nk kena gak siapkan..ari kamis ni nk kna anta dah..

MOOD: MALAS SEBENARNYA

Saturday, August 22, 2009

~BAB 8: RamaDHAn tiba jua....~

satu Ramadhan...
ari yang ku nanti tiba jua..
tak sabar untuk menempuhinya selama sebulan ni..
amat merinduimu...
semoga Ramadhan kali ini di berkati...

MOOD: TAK SABAR

~BAB 7: hiDUPku yAng peNUH deNGAn raNJau...~

tak dapat nak aku bayangkan..
dugaan silih berganti menghujani hidupku..
kadang-kadang tak tertanggung lagi derita ini...
sangat perit ku rasakan..
kenapakah sangat sukar untuk dimengertikan derita hidupku ini???

YA Allah..
aku akan cuba untuk terus tabah dalam mengharung segala dugaan yang Engkau lemparkan kpdku..aku cuba untuk mnjadi setabah yang lain...
tapi berdayakah aku Ya Allah???



kawan2...di saat inilah aku amat memerlukan sokongan kalian..
tapi adakah benar kalian akan sentiasa membantu aku??
adakah benar istilah persahabatan yang kalian fahami?
adakah kalian mempraktikkan istilah sahabat tersebut????


MOOD: MENGHARAP ADA YANG MENGHULURKAN TANGAN

~BAB 6: meRINDUkanmu...~

Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku

Dengarkan aku ku merindukanmu


MOOD: TENGAH JATUH CINTA DENGAN LAGU NI

~BAB 5: jiKa diTANya tENtanG ciNTA~

Cinta adalah anugerah Tuhan yang paling istimewa kepada setiap manusia. Kita semua mempunyai keupayaan untuk mencintai, dicintai dan bercinta. Siapa yang kita cintai dan bagaimana kita mencintai berbeza bagi setiap individu..ianya bergantung kepada individu itu sendiri....

i) mencintai kerana sebab

"Saya cinta padamu sebab kau baik
Saya cinta padamu kerana mukamu yang ayu
Saya cinta kepadamu sebab kau handsome/cantik

Jadi, cinta jenis ini bergantung kepada "sebab atau kerana" sebagai alasan untuk mencintai. Ini bererti orang yang mencintai cara ini tidak dapat mencintai sekiranya tidak ada yang menarik atau berguna yang menyebabkannya untuk mencintai. "Sebab" itu mesti ada. Kalau tidak ada "Sebab" maka cinta juga tidak ada. Cuba kita lihat diri kita sendiri, bukankan kita sering mencintai seperti ini? Sedarkan kita bahawa mencintai cara ini adalah tidak baik? Kerana cinta jenis ini meletakkan syarat mengapa ia mencintai. Sebab itu, kita harus berusaha supaya dapat mencintai sesama insan tanpa sebab atau syarat. Kita mencintai seseorang seperti apa yang ada pada dirinya. Ini bererti kita mencintai tanpa dipengaruhi oleh apa-apa sebab dan kita tidak mengenakan apa syarat atau sebab untuk mencintai seseorang. Kerana cinta tanpa syarat adalah cinta yang iklas, murni dan sempurna..

ii) mencintai kalau..

Cinta jenis ini mengutamakan apa yang kita akan dapat dulu. Apa keuntungan atau kebaikan yang saya dapat dahulu sebelum mencintai orang berkenaan. Ini bererti ia membalas cinta seseorang berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri. Inilah yang dinamakan cinta yang paling teruk! Cinta ini bukan saja mementingkan syarat, tetapi ianya jelas sekali mementingkan diri sendiri. Orang yang mengamalkan cinta jenis ini memang tamak sekali. Kalau syarat itu tidak diikut maka cintanya tidak ada. "Bah! Kalau kau benar-benar cinta padamu, benarkanlah saya menciummu!; Kalau kau bantu saya, barulah saya sayang padamu; kalau kau baik dengan saya, maka saya pun akan berlaku baik kepadamu." Jadi, apa yang jelas cinta jenis ini ialah syarat harus dipenuhi dahulu barulah ada cinta. Marilah kita tanya pada diri sendiri. Adakah kita selalu mencintai cara ini. Kalau jawapannya ialah YA, maka kita harus keluar daripada kebiasaan mencintai cara ini. Kerana cinta jenis ini tidak baik. Jestru itu, kita mesti belajar mencintai tanpa meletakkan apa-apa syarat dahulu. Jadi, janganlah kita amalkan cinta jenis ini. Kerana cinta jenis bukan saja tidak adil dan berat sebelah tetapi ianya juga jelas menunjukkan "ketamakan" diri kita sendiri..


iii) mencintai terpaksa:

Cinta jenis ini biasanya diamalkan kerana termakan budi kepada orang berkenaan. "Saya terpaksa menerimanya dan setuju berkahwin dengannya kerana dialah yang membantu keluarga saya selama ini; Saya terpaksa menerima cintanya kerana dialah yang membayar segala perbelanjaan saya semasa bersekolah dulu. Saya terpaksa mengikut kehendaknya kerana dia adalah boss saya; Saya terpaksa bersikap baik kepadanya kerana dia seorang YB." Apa yang jelas dengan mencintai cara inilah, cinta jenis ini tidak jujur dan tidak iklas. Pendek kata, cinta ini tidak sempurna. Mari kita bertanya kepada diri sendiri, Bukankah kita sering juga mengamalkan cinta cara ini? Sekiranya, kita selalu mencintai mengikut cara ini, marilah berusaha agar kita dapat mencintai dengan ikhlas dan jujur dan bukan kerana terpaksa mencinta. tetapi, sungguh-sungguh mencintai tanpa terikat kepada apaapa syarat atau dipengaruhi oleh sesuatu.

iv) mencintai walaupun/meskipun:

Cinta jenis ini adalah cinta yang murni dan sempurna. Kerana pengamalnya tidak meletakkan apa-apa syarat didalam mencintai. Dan cintanya juga tidak bergantung kepada faktor "sebab atau kerana." Kerana cintanya adalah ikhlas dan jujur. Ia tidak mengharapkan apa-apa. Ia tetap mencintai meskipun orang yang dia cintai itu mempunyai kelemahan, kekurangan dan kesalahan. Cintanya tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor atau sebab. Ia tetap mencintai walaupun ada yang terjadi. " Cintaku padamu tetap seperti dulu walaupun kau telah berlaku curang kepadaku; Aku tetap sayang kepadamu meskipun kau telah mungkir janji; Cintaku kepadamu tidak bergantung kepada kecantikan atau kekayaanmu." Aku cinta padamu walaupun kau tidak ada apa-apa. Aku mencintaimu seperti seadanya dirimu." Sesungguhnya, inilah yang dikatakan mencintai tanpa batas dan tanpa syarat. Inilah jenis cinta yang harus kita pejuangkan didalam hidup kita setiap hari. Marila kita berusaha agar kita sentiasa dapat mencintai seperti ini kepada sesama dan lebih-lebih lagi kepada Tuhan yang Maha Esa,.


Dari kesemua jenis cinta yang disebutkan tadi, marilah tanya diri kita masing-masing dimanakah kedudukan kita. Dimanakah kecenderungan hati kita? Dimanakan letaknya cinta kita kepada sesama manusia dan kepada Tuhan yang Maha Esa. Apakah kita sering sekali mencintai berdasarkan kepada "Sebab atau Kalau atau Walaupun." Jawapannya terletak ditangan kita sendiri. Sekiranya, kita terlalu mengamalkan cinta jenis "sebab dan kalau" maka, kita harus berusaha dengan gigih untuk memperjuangkan cinta "Walaupun" agar ianya menjadi amalan kita setiap hari. asih Kita perlu berusaha dan memperjuangakan cinta yang murni dan suci ini. Semoga kita tidak mudah berputus asa didalam memperjuangkan cinta ini. Saudara dan saudari, marilah menjauhkan cinta yang bersyarat iaitu cinta jenis"Sebab dan Kalau." Marilah kita belajar mencintai seperti Tuhan, Pencipta kita. Kerana DIA menurunkan hujan dan menyinarkan matahari kepada semua orang termasuklah kepada orang-orang yang jahat dan lalim. Sesungguhnya, cinta yang sempurna ini harus kita perjuangkan didalam hidup kita agar ianya menjadi pegangan dan amalan kita setipa hari dan sepanajang hidup kita..Amin

MOOD: INGIN BERKONGSI