Sunday, October 31, 2010

~BAB 88: KINI ~

Sepi mengisi ruang hatiku
Menghakis saat indah bersamamu
Antara kita tak pernah sengketa
Tapi mengapa kasih mu pudar

Sepi yang melanda kini
Tak daya aku lalui hidup ini

Cubalah engkau selami jiwaku
Cubalah engkau hargai cintaku
Jangan biarkan sepi jadi api
Sanggupkah engkau sisihkan diriku

Ku harap engkau mengerti
Setulus cinta yang telah ku beri
Supaya mekar kembali
Rimbunan kasih yang pernah bersemi

Oh... hari ke hari
Ku rasa bagai mimpi seolah kau di sisi

Oh... mengapa sanggup
Melihat ku terusan tersiksa begini

Cukuplah segala sengasara
Yang ku tanggung kini

song by spoon

MOOD: HANYA LAGU..

Tuesday, October 26, 2010

~BAB 87: JATUH CINTA...TAPI...~

ASSALAMUALAIKUM....

HEHEHEHEHE...
TAJUK YANG SAJA BIKIN GEMPAK..SEBAB NAK SURUH ORANG KLIK DAN BACA...
EH, ASPASAL CAPLOKS LAK NI..TUKAR2..

emmm...ok,dah2....
alah. tak ade apa2 la...jatuh cinta???
bukan saya jatuh cinta pada sape2 la...
anda sudah tertipu..TIPAH TERTIPU la..

tapi betol jugak..jatuh cinta pada indahnya ISLAM..
indahnya CIPTAANNYA...
indahnya segala-galanya lah...

begitu juga indahnya seorang wanita..
seindah wanita adalah wanita yang solehah...
_____________________________________________________________

susahkah bagi kita untuk menjadi seorang wanita yang mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNYa???
anda saja yang ada jawapan kepada persoalan ini..
tahukah kita bahawa wanita mempunyai 13 aurat untuk dijaga, dipelihara dan dilindungi
untuk menjadi seorang wanita yang solehah dan mudah2an ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..aminnnnnnnnnnnnnnnn

_________________________________________________________


indahnya wanita jika auratnya dijaga..dan saya selalu berpesan supaya saya menjaga aurat saya..tapi saya juga wanita biasa...dalam perjalanan mencari nur itu, seringkali juga aurat saya tak terjaga....
bercakap mengenai aurat wanita ni, saya tertarik hati pada satu gambar yang di tag kan oleh anak didik saya di SBPIS dulu..pernah jugalah tengok gambar ni kat internet dan saya rasa ingin berkongsi dengan kalian..
untuk lebih masyuk lagi kusyuk, saya edit2 sket jadi satu2...hehe..kalo tak, kecik je gambar tu..takut ade yang kna pakai kanta lak nnt...

kesalahan yang segelintir kita buat tanpa sedar...
ingat nk cari yg real punya tp mcm x jumpa lak..malas lak den nak search lama2..
hehe..





dimanakah letaknya kita???
yang sedihnya, dah la tergolong dalam golongan2 tersebut, lepas tu tanpa segan silu mempermainkan kesalahan2 tersebut..huhu..

_______________________________________________________

ok2...dalam 13 aurat wanita tu, salah satu drpdnya adalah RAMBUT...
maknanya kita kena jaga lah rambut kita tu..
macamana nak jaga ye???
ala, pakai je la tudung kan..
ayat standard kita dengar..
dan muda mudi, tua tui (eh, ada ke tua tui??) pun pakai lah tudung...
dan jadilah tudung sebagai satu fesyen...
berlambak-lambak fesyen tudung sekarang ni..
dan kita pun tanpa segan silu bertudung mengikut arus zaman..
orang kata taknak ketinggalan zaman la kan...

sekarang ni tersangat lah femes tudung segera tuh..
korang panggil ape ye fesyen tu...
ala, tudung yang dah siap tu..
sarung je kat kpala kalo nk pakai.
tak kesah la apa nama yg korg panggil kan..
huhuhuhuhu...

nak cite apa ye sebenarnya ni???
tetiba tetibi lupa lak...
pasal fesyen tudung la...
korang penah tak tengok macamana birawati kristian???
tau x rahib wanita pakai tudung macamana?

gambar ni aku amik dekat internet..cari punya cari jumpa yang ni..taknak edit dah..sebab dah menarik...

cuba korang perhatikan pemakaian rahib tersebut...pakai tudung tapi tak menutup dada. tapi tudungnya dilabuhkan ke belakang..
sbb tu lah org islam diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk melabuhkan tudung kepala mereka dan menutupi dada supaya dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga wanita islam...

salahnya wanita islam dalam gambar ni kalau tak silap saya lah ada dua..
betulkan saya ya kalau saya silap...
pertama: tudung nya tidak menutupi dada..sehingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya wanita islam perlihatkan...
kedua: tudungnya dipin kan dekat bahagian tengkuk tu...hingga menampakkan bentuk tengkuk...ada satu istilah untuk mereka yg mengenakan tudung sebegini (yg nmpkkan batang tengkuk ni la)..kakak saya ada cakap..tp dah lupa..ada sape2 yang tahu x???boleh kongsi...

ramai juga diantara kita yang berfesyen begini kan..dalam berfesyen, rupa2nya kita dah melakukan dosa..nauzubillah...

adakah ini hanya satu kebetulan??????

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" riwayat Abu Daud.

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

_____________________________________________________________


lagi satu yang menjadi kegemaran wanita kini...SANGGUL....
sanggul tinggi yang menyerupai bonggol unta..
cantik sangat ke?????


orang kata gaya ala2 minah arab gitu..
pakai tudung sanggul tinggi2 lepas tu jalan lenggang lenggok..
siap ada jual lagi sanggul tu kat kedai...
astagfirullahalazim...
cantik ke????

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

“2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.”

_____________________________________________________

itu yang kini...tp kita juga pernah tengokkan yang pakai tudung biasa tu je tp selempang..menampakkn juga bahagian dada..huhuhu...

maaf jika saya tersilap memberi fakta..ini bukan rekaan..tapi saya cari kat laman web untuk kukuhkan lagi isi..tp saya tidaklah terlalu arif bab2 agama ni..jadi hanya ini yang saya mampu kongsi...BETULKAN SAYA KALAU SAYA SILAP ye kawan2...

saya bukan nak suruh kawan2 bertudung litup dan berjubah...pakai lah tudung yang biasa pun asalkan menutup aurat kita...

jadi, jom kita muhasabah diri dan jadilah wanita yang sopan....


eh, tetibe tgk tudung pompuan ni pun singkat..hehe



Saturday, October 23, 2010

~BAB 86: 23 Oktober 2010~

HARI INI 23 OKTOBER 2010...
TU JE..HEHE

Wednesday, October 20, 2010

~BAB 85: 20.10.2010.~

wah...tarikh yang cun....cantek je...nak jugak post entri hari ni wlpun idea xbpe nk ade...hehe...yg 10.10.10 aritu dah terlepas sebab kat KL mase tu..x menyempat nak taip entri..hehe..so, hari ni nak berkongsi sesuatu yang aku copy paste dari web mana ntah..aku pun dah lupa..hihihi...

TAFSIRAN

Melalui tarikh lahir

Saya pun mencuba atas perasaan ingin mencuba dan sekadar suka-suka sahaja.

Berikut adalah cara tarikh lahir saya di kira :

TARIKH LAHIR : 23 hb Oktober 1987

Cara Perkiraan :

23 + 10 + 1987 = 2020
2 + 0 + 2 + 0 = 4
Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 4

Keputusan Analisis :

1. Ketulenan


Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai


Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria


Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif


Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis


Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik


Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual


Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian


Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon


Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


*saje2 mencuba..cubalah..tapi tak semestinya harus percaya..





Friday, October 1, 2010

~BAB 83: aKu tERuja~


hai bloggers sekalian...
apa khabar kamuuuuu???
di harap berada dalam limpahan kurniaan rahmat dari Yang Maha Esa...
aminn...
alhamdulillah..saya masih sihat fizikal, emosi, batin dan semuanya lah...
dapat lagi jari jemari ini menari di atas kepingan keyboard laptop acer aspire 3680 milik peribadi tuan punya blog BiLa hATi bERbicARa ini.....

AKU TERUJA!!!!!!!
ya..saya teruja...
tapi kenapa ya???
mungkin ada yang tertanya-tanya..
tapi saya tahu...
sesetengah daripada kalian sudah tahu kenapa kan...

semuanya adalah disebabkan ini..


alhamdulillah...saya berjaya kawan2...


di sini saya inginkan berkongsi detik2 kegembiraan saya pada malam tadi...

selesai je saya membaca surah yassin selepas seusainya solat maghrib...
henfon yang saya tempatkan nombor celcom saya bernyanyi girang...
belum je sempat saya baca doa selepas baca yassin...

sape la yang kol time magrib ni...
ingtnya tak nak angkat je..
tp tetiba tetibi terfikir lak.
ntah2 benda penting..
so, cepat je tangan aku mencapai hp yang sedang beradu kat atas katil...
huhuhuhu..

tengok2 dari abang aku (abg chik)...
aikkk...lagi la menimbulkan kekonfiusan...
abg aku xkan kol time2 gini...

aku pun angkat...
then...
....................................................................................................................................

"helo, gapo???"

"mu cek x lagi result intebiu mu aritu???"

"xlagi..bakpo? tubik doh ko"

"ho, ado doh ni..sakni baru tubik."

"jolo ko?..hok mano so ni???"

"hok kpm lah.."

"ooh..kpm..aku kan ptptn"

"xeh..hok semo2 la..intebiu kpm aritu"

"owh...yoko?..ok2 jap lg aku cek"

ok

....................................................................................................................................

faham tak???
tak faham???
meh nak translate...

lebih kurang macam ni la..abang aku tanya dah cek ke belum result interiew aritu..
then aku cakap belum lagi...
die cakap dah kuar...
yang kpm pnyer...
tp tetiba aku konpius lak..
kan aku ni tajaan ptptn...
(haha..tetiba biol sat)...
abg aku pun cakap yang semua lah..
xkiralah tajaan ape..
semua dah kuar..
interview je...
....................................................................................................................................

sejurus selepas itu,
jantungku sudah tidak normal..
laju gila denyutannya...

rilex lah wahai jantung kesayangan ku...
terus je aku sound adik aku..

daa...on laptop jap...

ok..
(adik yang menurut kata..hehe)

pastu aku doa dulu...sbb td x sempat bace doa lg..
hehe..
sempat lagi selitkan doa moga2 berjaya...

..........................................................................................................................................

then...
selaju degupan jantungku,
selaju itu juga aku bukak page KPM tuh..
huhu...

so, kuarlah result td..
alhamdulillah sekali lagi...
aku BERJAYA...

trus je aku post link dekat FB untuk makluman rakan2 yang lain...
dan orang pertama yang komen adalah ADELIA...
kosmate yg x pernah2 pun komen status FB aku..
haha..
nampak sgt sume org sedang menantikan detik2 ini...

tp sori eh Ady..aku lmbt sket reply komen ko..
sbb ngn fwrd msg kt kawan2 yang lain...
hehe...

....................................................................................................................................

lepas tu, aku logout dah...
dalam pukul 10,
aku login balik FB...
wow..so impresss....
banyak giler status kawan2 yang mengucapkan syukur kerana berjaya..

so, aku pun nk post jugak...
tak salahkan nak berkongsi kegembiraan bersama rakan2...

yang pertama saya post TERIMA KASIH YA ALLAH...

dan yang kedua...

"buat yang berjaya, tahniah..alhamdulillah..rezeki buat kita semua...yang tidak berjaya tu...semoga tabah..tidak gagal sebenarnya..mungkin bukan rezeki kita lagi..moga berjaya di lain masa...syukur padaNya atas kejayaan..doakan moga2 kita semua dapat posting di tmpt yg di idam2kan..."


....................................................................................................................................

ada rakan yang bertanya..
kenapa macam pelik je ayat aku..
ada ke rakan2 kita yang gagal???

maafkan saya ye...saya tak jawap soalan anda
wlpn die tnya via chat...

buat pengetahuan korang..YA...
ada rakan kita yang TIDAK BERJAYA...
kosmate kita...

saya terkejut...
lagilah tuan empunya diri...
dia pun sedang memujuk hatinya...

saya turut simpati...
korang jugak tahu kan betapa bermakna nya kan untuk kita lulus temuduga kali ini...
saya pulak yang teremosi...
wlpn beliau bukanlah teman rapat saya...
tp saya sedih sangat..
kesian sgt2....

doakan moga beliau LULUS untuk permohonan kali kedua ye...

walaupun sy tahu beliau tidak membaca status yang saya post itu,
tapi saya hanya igin mengingatkan diri saya dan juga buat teman2 saya yang berjaya...
jangan pernah berhenti berdoa...

pohonlah padaNya setiap masa...
kerana kita baru BERJAYA dalam temuduga...
berdoa lah supaya ada penempatan untuk kita,..
dan yang paling penting....

NAMA KITA TIDAK TERCICIR....

demi masa depan kita.....

entri saya berakhir di sini.....

....................................................................................................................................

MOOD: CAMPUR ADUK..

@