Wednesday, November 11, 2009

~BAB 46: derita merindu~

Kau katakan cinta gunakan akal

Bila aku gunakan, kau yang menyangkal

Bagaimana nak kekal

Kau katakan cinta gunakan minda

Bila aku gunakan, kau yang tak percaya

Bagaimana nak bahagia


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali

Berulang kali telah kau mungkiri

Manis mulut berjanji terpedaya lagi

Menanti biar terus didustai


Dan aku cuba sedaya upaya

Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa

Bagaimana hendak ku lupa

bayangan wajahmu selalu di depan mata

harum baumu masih dapat ku hidu

Bagaimana ingin aku membencimu

Jikalau setiap hari merindu

Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..

Aku pilih derita..


Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama

Akan ku biar tiada ku tetap kan setia

Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama

Esok seperti semalaman yang tak berubah


Seandainya kau berada di depan mata

Mudah untuk aku berkata-kata

Supaya dapatku melihat seraut wajahmu

Walaupun belum tentu kau mahu bertemu

Apalagi memandangku

Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan

Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..

Aku masih terkilan


Jika kau dapat memahami hati seorang perindu

Baru kau tahu derita hatiku

Jika suatu hari nanti giliran kau merindu

Baru kau ingat derita diriku

Segala yang berlaku bukan kemahuanku

Apa gunanya bahgia

Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu

Aku pilih derita merinduimu


MOOD: MERINDU


cik pelangi menulis mengikut gerak hati cik pelangi...kadang-kadang, kata-kata tidak menggambarkan perasaan sebenar cik pelangi..ayat yang digarap ditambah ritmanya agar menjadi lebih puitis..bila hati berbicara, apabila realiti dan fantasi bersatu, maka terhasillah karangan baru daripada cik pelangi

0 comments: